Utama


    Selamat Datang ke NZ MANAGEMENT CONSULTANT. Kami merupakan salah sebuah syarikat yang pakar di dalam bidang kesetiausahaan syarikat di samping peneraju di dalam pendaftaran syarikat/perniagaan di Malaysia. Sejajar dengan pekhidmatan yang ditawarkan iaitu dalam penubuhan dan membentuk syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lebih dikenali sebagai Pendaftar Syarikat (ROC). 

     Melalui pengalaman dan pengetahuan melebihi 10 tahun dalam kesetiausahaan syarikat kami ingin meningkatkan lagi kepercayaan kepada para pelanggan. Dengan ini, bersandarkan kepada kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan oleh pelanggan, kami mengorak langkah seiring dengan perkembangan teknologi terkini maka terbentuk laman web untuk kemudahan pelanggan dan juga sebagai penghargaan kepada mereka di atas kepercayaan yang diberikan. Di samping sebagai tiket untuk memudahkan urusan proses penubuhan syarikat tanpa menyukarkan pelbagai pihak. Hanya memerlukan hujung jari anda bagi mengekses perkhidmatan ini. Menjimatkan masa dan tenaga. Anda tidak perlu menunggu masa yang panjang, kerana semua urusan kami lakukan untuk pihak anda. Inilah jaminan dalam perkhidmatan kami.

    Selain itu juga, kami menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat dan khidmat perundingan pengurusan syarikat seperti yang termaktub di bawah Akta Syarikat 1965. Ini merupakan kemudahan kepada pelanggan untuk memahami keperluan dan konsep dalam penubuhan dan perjalanan sesebuah syarikat. Konsep kami, adalah memberikan khidmat yang terbaik sebagai pemangkin kepada perniagaan anda untuk kejayaan yang gemilang.



    
   

No comments:

Post a Comment