Tentang Kami



NZ MANAGEMENT CONSULTANT merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam bidang kesetiausahaan  yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan dalam perniagaan. Perniagaan anda bermula dari sini dan hari ini juga. Dan ianya begitu MUDAH sekali.


         Syarikat kami yang berpengalaman pasti dapat membatu anda dengan mendaftar dan menubuh syarikat baru dengan nama syarikat yang diingini. Kami sememangnya arif dalam menguruskan penubuhan syarikat dan perniagaan secara online, dan seterusnya mendaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

     Dilaman web kami menawarkan perkhidmatan rundingan dan khidmat nasihat secara percuma bagi setiap penubuhan pendaftaran syarikat mahupun perniagaan dalam memperkenalkan syarikat atau perniagaan anda ke peringkat glokal (global serta lokal). Tiada caj tambahan atau tersembunyi di dalam pakej dan servis pendaftaran yang disediakan.

     Matlamat utama kami ialah membantu pelanggan dalam mengembangkan syarikat dan perniagaan ke suatu tahap yang lebih baik. Malah kami berharap dapat membantu para pelanggan kami bersaing di dalam dunia perniagaan yang tiada sempadan.












No comments:

Post a Comment