Tahukah anda? Sebarang perniagaan yang dijalankan oleh individu ataupun syarikat perlu didaftarkan ? Tidak kira samada anda menjalankan perniagaan itu di rumah, menjual di internet, secara sambilan dan sebagainya. Anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956(Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Pendaftaran perniagaan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
a) ROB : Registration of Business
b) ROC : Registration of Company
ROB ialah pendaftaran bagi perniagaan perseorangan, perkongsian ataupun dalam kata lain biasa disebut sebagai syarikat enterprise. ROC pula ialah pendaftaran bagi syarikat Sendirian Berhad, biasanya bagi tujuan ini, anda perlukan sekurang-kurangnya 2 orang penama sebagai Pengarah atau rakan kongsi. Anda tidak boleh berurusan terus dengan SSM, sebaliknya perlu mendapatkan perkhidmatan daripada Setiausaha Syarikat.
Nak daftar ROB atau ROC ? Bergantung kepada modal dan skala perniagaan anda. Yang pasti, anda perlu mendaftar perniagaan, mulakan dengan ROB lebih baik, Bagi pemilik perniagaan sedia ada, anda juga boleh Upgrade syarikat sedia ada kepada Sdn Bhd.
Sebarang perniagaan kecil atau besar yang tidak didaftarkan itu dikategorikan sebagai perniagaan haram dan tidak sah mengikut undang-undang Malaysia. Pada tahun 2010 sahaja sebanyak 400 kes sudah dibawa ke Mahkamah kerana berniaga tanpa pendaftaran sah. Jangan pandang remeh hal penting ini. Sekali lagi saya menyeru semua rakan fb yang mempunyai bisnes samada skala kecil atau besar, untuk mendaftar perniagaan secepat mungkin. Banyak faedah daripada pendaftaran syarikat.

No comments:
Post a Comment