Thursday, 7 August 2014

DAFTAR LESEN KEWANGAN ATAU LESEN MOF

Syarikat anda perlu memiliki Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan sekiranya ingin berurusniaga dengan kerajaan seperti menyertai sebutharga atau tender bagi setiap pembekalan dan perkhidmatan yang anda tawarkan.



Dokumen yg diperlukan untuk daftar Lesen Kewangan atau daftar Lesen MOF bg syarikat Enterprise:
1)Salinan I/C pemilik
2) Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)
a) Borang D
b) Borang Maklumat perniagaan
c) Borang maklumat pemilik

3) Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat yang terkini
4) Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem
5) Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat

Dokumen yg diperlukan untuk daftar Lesen Kewangan atau daftar Lesen MOF bg syarikat Sdn Bhd:
1)Salinan Kad Pengenalan semua ahli lembaga pengarah syarikat
2)Salinan Borang 24 dan 49 yang di sahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat (SSM)
3) Borang pindah milik saham (borang 32A) yang dimatikan setem dan di sahkan oleh setiausaha syarikat atau SSM (jika berkenaan)
4) Memorandum And Articles Of Association (MAA) atau Borang 13
5) Salinan Borang 44
6) Form of Annual Return untuk syarikat yang beroperasi lebih dari setahun
7) Resolusi Lembaga Pengarah mengenai kuasa menandatangani cek oleh pihak bank
8)Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat terkini
9)Penyata pembayaran KWSP (EPF) terkini & Resit Pembayaran KWSP
10)Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem
11)Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat

Untuk mendaftar boleh SMS/Whatsapp/Call 014-3255433 atau emailkan ke nzmanagementconsultant@yahoo.com

No comments:

Post a Comment