Sunday, 22 April 2018

LESEN KONTRAKTOR CIDB


Pengenalan CIDB

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan. Kontraktor yang memohon untuk didaftarkan dikehendaki merujuk Keperluan dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor serta mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan sebelum mengemukakan permohonan.
Siapakah yang boleh memohon?
Permohonan hanya boleh dibuat oleh pemilik/pengarah syarikat sahaja. Seorang pemohon hanya dibenarkan untuk membuat satu permohonan pendaftaran untuk satu syarikat sahaja. 
Gred & Keupayaan Menender/Menjalankan Kerja & kelayakan Kewangan/Modal Terkumpul
G1 
Modal terkumpul: RM5000.00
Keupayaan meneder: RM200,000.00

G2 
Modal terkumpul: RM25,000.00
Keupayaan meneder: RM500,000.00

G3
Modal terkumpul: RM50,000.00
Keupayaan meneder: Tidak melebihi RM1,000,000.00

G4 
Modal terkumpul: RM150,000.00
Keupayaan meneder: Tidak melebihi RM3,000,000.00

G5 
Modal terkumpul: RM250,000.00
Keupayaan meneder: Tidak melebihi RM5,000,000.00

G6
Modal terkumpul: RM500,000.00
Keupayaan meneder: Tidak melebihi RM10,000,000.00

G7 
Modal terkumpul: RM750,000.00
Keupayaan meneder: Tiada limit had

Kelayakan personel teknikal
Personel Teknikal adalah terdiri daripada samaada pemilik/pengarah atau pekerja syarikat yang digajikan sepenuh masa. Mereka juga mestilah warganegara Malaysia yang mempunyai sijil/Diploma/ Ijazah/ Sijil kompeten yang berkaitan dalam bidang pembinaan.
Gred Kelayakan Personel Teknikal Lain-lain Keperluan
G1 / G2/  G3 – Seorang pemegang Sijil Teknikal (sekiranya ada)
G4–  Seorang pemegang Diploma
G5 – Seorang pemegang Diploma (minima 5 tahun pengalaman)  ATAU Seorang pemegang Ijazah (minima 1 tahun pengalaman)
G6 –   Seorang pemegang Ijazah DAN  Seorang pemegang Diploma (Salah seorang minima 3 tahun pengalaman)
G7 – 2 Orang pemegang Ijazah (salah seorang 5 tahun pengalaman ATAU  Seorang pemegang Ijazah DAN Seorang pemegang Diploma (kedua-dua minima 5 tahun pengalaman)
**Ijazah / Diploma /Sijil yang dimiliki oleh Personel Teknikal mestilah berkaitan bidang pembinaan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia / CIDB 
a) Tempoh pengalaman kerja personel teknikal diambilkira dari tarikh Sijil Teknikal / Diploma / Ijazah diperolehi.
b) Personel teknikal hendaklah tidak terikat atau digaji sepenuh masa oleh mana-mana pihak selain dari syarikat/firma yang memohon.
c) Personel teknikal yang telah diisytiharkan mestilah sentiasa kekal berada dalam syarikat sepanjang tempoh pendaftaran. Sekiranya terdapat perubahan personel teknikal ia akan memberi kesan kepada gred dan kategori pendaftaran syarikat.

Hubungi kami sekarang! Kami bantu anda sehingga lulus. DIjamin lulus dan cepat.



No comments:

Post a Comment