APA ITU E - PEROLEHAN ?
E-Perolehan merupakan satu sistem perolehan elektronik kerajaan yang telah dibangunkan oleh pihak Commercedotcom. Fungsi sistem ini adalah untuk memudahkan aktiviti perolehan kerajaan.
E-Perolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau E-Catalogue, yang boleh dilihat dari mana-manadesktop menggunakan perisian pelayar web.
Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi E-Perolehan. E-Perolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet. Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui E-Perolehan.
Faedah-faedah yang akan dinikmati pembekal :-
- Pembekal akan lebih mudah dihubungi oleh pembeli Kerajaan pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja.
- E-Perolehan membolehkan peralihan pembekal kepada E-Perniagaan, menyediakan ruang kemasukan untuk keupayaan E-Perniagaan.
- Pembekal akan berpeluang untuk mengambil dan menerima konsep E-Perniagaan dengan lebih cepat dengan penggunaan E-Perolehan.
- Pengiklanan barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan pantas dan akhirnya mencapai jumlah pembeli yang lebih luas.
- Menerusi Internet, para pembekal pastinya akan dapat melaksanakan pengiklanan tanpa sempadan pada tahap harga yang paling rendah.
- Proses-proses menjadi mudah dan kerja manual yang sedikit dapat mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi. Melalui E-Perolehan, hampir semua operasi perniagaan akan diautomasikan bukan hanya menjadikan kos operasi paling rendah, tetapi juga pusingan masa yang lebih pantas kepada pembeli.
- Pembekal akan menerima bayaran yang cepat melalui bayaran secara elektronik/MEPS. Disokong oleh jaringan infrastruktur yang sangat terjamin, para pembekal mampu menerima bayaran barangan dan perkhidmatan dalam jangka masa yang lebih pendek.
- Memperbaiki perancangan dan ramalan perniagaan sewajarnya dengan proses perolehan yang lebih efisien dan terancang. E-Perolehan mengautomasikan proses perniagaan di samping meningkatkan kecekapan kerja, para pembekal juga boleh menjangka proses perolehan dengan lebih tepat.
Untuk sebarang pertanyaan dan ingin daftar boleh hubungi NZMC di talian :-
010 - 915 0335 (PUAN KHAIRIAH)
010 - 915 0335 (PUAN KHAIRIAH)
010 - 915 0335 (PUAN KHAIRIAH)
No comments:
Post a Comment