Friday 29 November 2019


Apakah KELEBIHAN antara Enterprise dengan SDN BHD?


ENTERPRISE
                                                               SDN BHD



( ENTERPRISE )

1. LIABILITI TIDAK TERHAD:

Dari sudut perundangan, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemilknya. Dengan kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.

2. TIADA KESINAMBUNGAN: 

Perniagaan enterprise akan terbubar sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemiknya.

3. KURANG KREDIBILITI: 

Perniagaan enterprise secara asasnya merupakan sejenis perniagaan yang ditubuhkan dengan kos yang sangat murah. Perniagaan ini juga tidak mempunyai kewajipan untuk menfailkan laporan audit dan kewangan kepada SSM.

4. SUSAH UNTUK MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI: 

Perniagaan enterprise boleh dikatakan susah atau hampir tiada pengecualian cukai diberikan kepada mereka.



( SDN BHD ATAU BERHAD )

1. LIABILITI TERHAD:

Menurut perundangan, syarikat sdn bhd atau berhad merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Dengan erti kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat. Yang disita hanyalah harta benda syarikat sahaja.

2. KESINAMBUNGAN BERTERUSAN: 

Pemilikan dalam syarikat sdn bhd atau berhad diwakili dengan jumlah pegangan seseorang individu terhadap saham sesebuah syarikat tersebut. Saham yang dipegang seseorang pemilik itu boleh dipindah milik pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, syarikat tidak sesekali akan terjejas walau dengan kematian mana-mana seorang dari pemiliknya pada masa kematian mereka.

3KREDEBILITI BERTAMBAH:

 Pada asasnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik syarikat setiausaha dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta. Laporan kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti syarikat sdn bhd atau berhad lebih tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.

4. MENDAPAT PELBAGAI INSENTIF PENGECUALIAN CUKAI: 

Pengecualian cukai merupakan diantara kelebihan yang besar diperolehi oleh syarikat sdn bhd atau berhad. Pelbagai insentif pengecualian cukai dinikmati mereka dengan tujuan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.





kami daripada NZ Management Consultant ingin mengajak anda berkolaborasi dengan kami untuk pendaftaran Syarikat Sdn Bhd dan kami ingin memberikan harga promosi untuk membuka ruang pada pelanggan yang benar-benar ingin memperluaskan bidang usahawan mereka.

APA YANG BEST JIKA BERURUSAN DAFTAR DENGAN KAMI?

1. FREE 2 CARIAN NAMA SYARIKAT  !

2. SECRETARY FEE DITANGGUNG OLEH KAMI SELAMA 6 BULAN !

3. HARGA SEMURAH RM 1*** SAHAJA !!


...................................................................................................................................................................




BERMINAT? 

Hubungi saya di 010-915 0335 (PN.KHAI)

Hubungi saya di 010-915 0335 (PN.KHAI)


Hubungi saya di 010-915 0335 (PN.KHAI)




NZ MANAGEMENT CONSULTANT (002283433-M)
NO.4-1, JALAN PUTERI 2/3, BANDAR PUTERI
47100 PUCHONG, SELANGOR.

No comments:

Post a Comment